Wednesday 6 May 2015

Perkongsian CMD






Alhamdulillah, blog ini saya wujudkan untuk berkongsi mengenai CMD (Concentrated Mineral Drop). Benda yang baik elok rasanya kalau dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan semua. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Walaubagaimanapun perlu diingat CMD ini adalah support dan ikhtiar sahaja, semuanya adalah dari ALLAH jua. Dalam masa menggunakan CMD ini, eloklah kita berselawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad SAW dan memohon hanya kepadaNYA.

Setelah 4 bulan menggunakan CMD, barulah saya rasa konfiden untuk berkongsi mengenai CMD, sebulan juga saya membuat rujukan mengenai CMD sebelum membelinya. itupun selepas ada rakan dan kaum keluarga yang bertanya produk apa yang saya gunakan.  Alhamdulillah dengan izin Allah saya merasai perubahan terutamanya dari segi perubahan berat badan dan juga warna kulit yang sekata. Saya titiskan cmd dalam botol spray yang dicampur air dan spraykan di muka setiap hari. Saya juga amalkan minum air kosong yang dititis lebih kurang 10 titis bagi 1 liter air. Satu hari saya habiskan 2 liter air dengan 20 titik CMD. Sebelum sarapan minum secawan air yang dicampur lemon dan madu serta 5 titis CMD dan ulang sebelum mengambil makan malam sebelum jam 7 malam.

Dalam masa 2 minggu menggunakan CMD, anak saudara bertanya apa yang saya guna sebab nampak kurus, entahlah mungkin kurus sebab baju yang saya pakai. Saya terus cakap CMD. Selepas dia mencubanya, alhamdulillah serasi untuk anak-anaknya yang kerap selsema.

Saya telah hadiahkan kepada adik ipar 1 botol spray untuk  beliau gunakan, dalam tempoh kurang 2 minggu dia mengatakan serasi untuk kulit mukanya yang agak sensitif dan dia juga menjadi pelanggan saya dengan membeli CMD.

Seorang lagi sahabat online saya Ida dari Penaga, menyatakan kurang sengal-sengal badan dan kurang rasa letih. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah dan jangan lupa selalu memohon dan berdoa hanya kepadaNYA.

Semoga perkongsian saya ini boleh dimanfaatkan untuk kita bersama. InsyaAllah.